Mukadimah

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفروه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلل له ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. صلى الله وسلم على سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dunia Islam kini sudah tiba ke kemuncaknya. Umat Islam Palestin terus ditindas oleh rejim Zionis yang sombong dan bongkak. Umat Islam di Iraq pula terus berpecah-belah pada ketika mereka ditindas oleh tentera Amerika yang kejam. Demikian juga di Afghanistan.

Namun, ALLAH SWT masih membela umat Islam yang ditindas. Dalam suasana umat Islam yang semakin hari semakin parah akibat penindasan bangsa kuffar, lahirlah pejuang-pejuang agama dalam setiap generasi, bangkit menyalahkan semangat jihad dan intifadhah untuk menentang kekejaman tersebut, sekaligus menegakkan kembali Al-Haqq, iaitu agama yang benar di sisi ALLAH ialah Islam.

Namun, bagaimana dengan keadaan kita di sini? Sedarkah kita bahawa kita juga sebenarnya diserang oleh bangsa kuffar?

Terasa pilu dan ngilu hati ini tatkala melihat saudara sendiri diratah oleh bangsa kuffar dalam seronok. Kita sendiri sebenarnya sedang diserang, namun bukanlah melalui serangan fizikal dan senjata. Sebaliknya, kita diranapkan dalam bentuk serangan pemikiran dan ilmu.

Kita tunduk kepada budaya keji golongan kuffar, malah membangga-banggakannya. Sehingga budaya-budaya itu kita telan, kita hadam, kita cerna, dan akhirnya menjadi sebati dalam daging kita. Tanpa kita sedari, kita berada di jurang kecelakaan.

Akibatnya, saudara-saudara kita lemas dalam budaya hedonisme yang keji. Maksiat dianggap perkara yang biasa, lebih teruk menjadi rutin harian. Anak-anak luar nikah yang tidak bersalah bertebaran di jalanan dibiarkan kelaparan menunggu masa untuk menghadapi kematian

Atas dasar itulah, kita para da’i harus bangkit menyemarakkan semangat jihad, membela saudara kita yang sedang dilahap oleh musuh-musuh Islam secara senyap. Bagaimana? Dengan pemikiran dan ilmu, sebagaimana kita diserang melalui pemikiran dan ilmu.

Saya memohon kepada ALLAH SWT agar penulisan saya di blog ini sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan semaraknya jihad dalam umat Islam. Saya memohon kepada ALLAH SWT agar melindungi saya daipada kekejian dalam penulisan dan apa sahaja yang saya tulis menjadi buah manfaat buat anda.

“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-MU daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah kenyang, dan doa yang tidak diperkenankan.” (Hadis direkodkan oleh Muslim)


Lukhman Abdul Taib
Pusat Asasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
lukhman.taib@live.iium.edu.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Powered by Blogger